Kenali Endometriosis

Updated: Apr 20, 2020

Endometriosis ialah keadaan di mana sel-sel tisu di dalam dinding rahim yang menyelaputi dinding dalam perut dan juga tumpuh di dalam kilang telur (ovari), tiub fallopio dan organ-organ pelvik lain. Ia menyebabkan ketumbuhan di ovari (endometriosis), pembengkakan rahim (adenomyosis) dan juga penyumbatan tibu fallopio (hydrosalphinx). Perkara ini semua menyumbangkan ke arah ketidaksuburan. Manakala jika ia menyelaputi dinding dalam perut dan organ-organ pelvik lain, ini akan menyebabkan pembentukan parut dan lekatan antara organ pelvik dan dinding perut.

Selain menyebabkan ketidaksuburan, endometriosis juga menyebabkan senggugut yang luar biasa, darah haid yang berpanjangan, sakit ketika hubungan intim bersama suami dan sakit ketika membuang air besar atau sembelit.

Penyebab endometriosis tidak diketahui dan pencegahan juga tidak dapat dikenalpasti.


Cara mengenal pasti gejala ini adalah melalui ultrasound pelvis.

Kadangkala kesakitan endometriosis adalah tidak berkadaran dengan peringkat yang dialami. Bermaksud , terdapat pesakit yang mempunyai endometriosis bersaiz kecil tetapi mengalami kesakitan yang luar biasa. Sebaliknya, terdapat juga pesakit yang mempunyai endometriosis bersaiz besar tetapi tidak mengalami sebarang kesakitan.

Wanita yang berisiko tinggi mengalami gejala ini adalah di kalangan wanita :

  1. Yang tidak pernah hamil

  2. Permulaan haid di usia muda (sebelum umur 12 tahun)

  3. Menopos di usia yang lanjut (umur 52 tahun ke atas)

  4. Mengalami kitaran haid yang pendek (kurang dari 27 hari)

  5. Mengalami jangka haid yang lama (lebih dari 7 hari)

  6. Mengalami kuantiti haid yang terlalu banyak (saiz ketulan darah lebih besar dari ibu jari)

  7. Terdedah kepada sumber estrogen yang tinggi (seperti jamu, soya, tauhu dan tempe)

  8. Mempunyai indeks jisim tubuh yang rendah (kurang dari 18.5)

  9. Sejarah ahli keluarga yang mempunyai endometriosis

  10. Mengalami rahim tersumbat di mana darah tidak mengalir keluar dengan betul (seperti ketumbuhan di pintu faraj) dan sebarang kecacatan pada organ pembiakan.

Sekiranya anda mengalami gejala di atas, kami menyarankan agar anda membuat pemeriksaan lanjutan dengan doktor pakar sakit puan.


Artikel disediakan oleh:

Dr Noor Shaheeran Abdul Hayi Doktor Pakar O&G

Hospital Wanita & Kanak-Kanak Naluri


#endometriosis #penyakitendometriosis #ketidaksuburan #sengguguttidaknormal #haidtidaknormal #hospitalpakarsakitpuan #hospitalwanita #hospitalnaluri

27 views

KKLIU 1027/2020